Peraturan Merentas Desa
Semua peserta hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan, kelancaran serta keadilan sepanjang acara berlangsung. Peserta diwajibkan hadir tepat pada masa yang ditetapkan dan memakai pakaian sukan yang lengkap serta nombor peserta yang disediakan.
Sepanjang larian, peserta perlu mengikut laluan yang telah ditetapkan dan tidak dibenarkan mengambil jalan pintas atau menerima bantuan luar. Peserta juga dinasihatkan untuk menjaga keselamatan diri, mematuhi arahan pegawai bertugas, serta mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi.
Sebarang tindakan yang melanggar peraturan boleh menyebabkan peserta dibatalkan penyertaan. Keputusan hakim adalah muktamad.
Maklumat Lanjut boleh layari pautan di bawah :
https://drive.google.com/file/d/1xh-poQ0yti-zL6PtxGSP3w3sTsP7v56_/view?usp=sharing