Berita Utama

Kejohanan Merentas Desa MSSM 2026 Sangat Kompetitif

Rasa sekejap saja masa berlalu. Sedar tidak sedar, Kejohanan Merentas Desa MSSM 2026, di Labuan telah pun melabuhkan tirai dengan jayanya sabtu lalu.

Kontinjen MSSM Selangor sekali lagi membuktikan dominasi, apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan, sekaligus melakar kejayaan ke-17 berturut-turut sepanjang sejarah kejohanan.

Namun perlumbaan tetap sengit. Setiap kategori bagi acara individu dan berpasukan menyaksikan juara daripada
negeri berbeza-beza. Mencerminkan saingan yang kompetitif  dan terbuka.

Jelas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Mohd Azam Ahmad, penganjuran sulung berskala besar di Labuan disifatkan sebagai satu kejayaan besar.

Dengan penyertaan 480 daripada 16 kontinjen, kejayaan ini malah menjadi platform penting dalam mengenalpasti dan membentuk bakat muda ke peringkat lebih tinggi.

Sokongan ibu bapa turut menjadi tunjang kelancaran kejohanan. Ramai yang sanggup menempuh perjalanan jauh, termasuk terbang dari semenanjung ke labuan demi memberi semangat kepada anak-anak mereka.

Berita Oleh : #NadiWeekend, Stadium Astro

Berita Video Penuh  di Stadium Astro : Kejohanan Merentas Desa MSSM 2026 sangat kompetitif