Lawati Labuan

Muzium yang terdapat di Labuan

Muzium Chimney

Terdiri daripada 2 komponen di tapak bersejarah Chimney, iaitu bangunan Pusat Informasi Chimney (PIC) dan Menara Chimney. PIC berfungsi sebagai sebuah muzium tapak yang mempamerkan sejarah awal Tanjung Kubong, sejarah perlombongan arang batu Labuan sejak 1847. Ia merupakan sebuah muzium tapak (site museums) yang siap dibina pada tahun 1999 di atas tapak yang dipercayai bekas penempatan pekerja lombong arang batu semasa era kepesatan perlombongan sumber berkenaan di Labuan di antara 1847 hingga 1911. Chimney pula merupakan monumen penting di Labuan sebagai bukti peninggalan aktiviti perlombongan arang batu di Tanjung Kubong yang telah berusia lebih seabad. Dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai ‘Punil’, ia adalah mercu tanda bersejarah terkenal di Labuan. 

Alamat :  Muzium Chimney, Kg Lubok Temiang, Jalan Tanjung Kubong, 87008 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel  : 087-463 603 /  Fax   : 087-414 462

Muzium Marin Labuan

Muzium yang telah dirancangkan penubuhannya pada awal tahun 1990-an hanya dapat direalisasikan pada tahun 2000 apabila Perbadanan Labuan menawarkan tapak dan bangunan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan. Kerja-kerja pengisian bermula pada Ogos 2001 dan siap sepenuhnya pada Julai 2002. Muzium ini juga merupakan yang pertama seumpamanya di malaysia yang bertemakan hidupan laut. Ianya berfungsi untuk memberikan maklumat dan pengetahuan tentang hidupan laut yang terdapat di perairan Borneo dan Labuan yang bermatlamat untuk memupuk kesedaran serta sifat tanggungjawab dan perasaan cintakan warisan alam semulajadi negara di kalangan pengunjung. 

Antara ruang pameran yang terdapat di sini adalah Seksyen Hidupan Marin, Seksyen Batu Karang, Maklumat Kapal Karam dan Seksyen Paya Bakau.Di tingkat atas muzium ini pula mempamerkan banyak lagi maklumat tambahan yang lain yang melibatkan peralatan menyelam, peralatan memancing klasik dan moden, serta banyak lagi informasi berkaitan spesies hidupan marin.

Alamat : Muzium Marine Labuan, Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan, Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, Jalan Tanjung Purun
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)
Bayaran : Percuma

 

Muzium Labuan

Bangunan Muzium Labuan yang terletak di Jalan Dewan ini sebenarnya telah dibina oleh  pihak British pada tahun 1950-an untuk dijadikan Pejabat Pentadbiran Kolonial British.
 
Antara pameran menarik yang terdapat di muzium ini adalah replika rumah suku Kadayan, artifak batu dari zaman neolitik yang ditemui di Pulau Burong dan koleksi senjata perang dunia.
 
Alamat : 
Muzium Labuan, U 0364, Jalan Dewan, 87008 Wilayah Persekutuan Labuan.
Tel : 087-414 135 / Fax : 087-414 462

Sumber Maklumat : Jabatan Muzium Malaysia