Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dimaklumkan bahawa Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSWPL 2026 akan berlangsung pada hari Selasa, 10 Februari 2026 bertempat di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Sehubungan dengan itu, pihak urus setia ingin memaklumkan beberapa perkara penting untuk perhatian dan persediaan semua pihak:
1. Penutupan kawasan Kompleks Sukan Laut akan bermula sekitar jam 6.00 pagi bagi tujuan persediaan sebelum flag off yang dijadualkan pada jam 7.00 pagi.
2. Zon kritikal trafik, terutamanya di kawasan Kompleks Sukan Laut menuju ke Tiara Hotel dan Simpang masuk ke Golf Club, Taman Botanical, SKK St Anne, Jalan Jumidar Buyong,dan sepanjang jalan utama menuju ke Kompleks , antara jam 6.30 hingga 10.00 pagi, kerana laluan tersebut akan digunakan oleh para peserta. Walau bagaimanapun, anggota Polis Trafik akan ditempatkan bagi membantu melancarkan pergerakan lalu lintas.
3. Kawasan Botanikal Garden akan digunakan sepenuhnya sebagai laluan rasmi kejohanan pada hari berkenaan. Para pengunjung dinasihatkan agar menggunakan kemudahan tersebut selepas jam 10.00 pagi.
Diharapkan semua pihak dapat mengambil maklum tentang perkara ini dan menyampaikan makluman ini kepada rakan-rakan lain bagi tujuan persediaan serta kelancaran perjalanan pada hari pertandingan.
Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Urusetia Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan (MSSWPL) 2026