Sekapur Sirih

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

SEKAPUR SIRIH

KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI,

Penganjuran Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) merupakan antara inisiatif penting dalam menyokong pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan serta aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 ke arah melahirkan Insan Sejahtera yang beradab, berilmu, berkemahiran, berdaya tahan dan berkeyakinan.

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil dan menggilap bakat atlet murid, malah berperanan sebagai mekanisme pembentukan sahsiah, ketahanan mental, disiplin serta semangat kepimpinan dalam kalangan generasi muda. Melalui pendekatan pelaksanaan secara berperingkat dari sekolah hingga ke peringkat kebangsaan, MSSM terus memperkukuh usaha pengesanan bakat di peringkat akar umbi secara inklusif dan menyeluruh.

Kementerian Pendidikan komited memastikan setiap murid berpeluang untuk terlibat dan menyerlah melalui program sukan yang dilaksanakan, selaras dengan usaha membentuk generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, serta mampu mendepani cabaran global dengan penuh keyakinan dan integriti.

Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan MSSM.

“Atlet Murid Berpendidikan Pewaris Negara”

DATUK DR. MOHD AZAM BIN AHMAD