SEKAPUR SIRIH
MENTERI PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)
Peringkat Kebangsaan Tahun 2026
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.
Pendidikan bermutu, insan terdidik, negara sejahtera,
Penganjuran kejohanan ini selari dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026 – 2035 yang memberi penekanan kepada pembangunan modal insan secara holistik dan seimbang. Melalui penglibatan aktif dalam kegiatan sukan, murid dapat membina jati diri yang kukuh, mengamalkan gaya hidup sihat serta memperkembangkan potensi diri secara menyeluruh sejajar dengan usaha melahirkan generasi yang berdaya tahan, berdaya saing dan berkeupayaan menghadapi cabaran masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
(YB FADHLINA SIDEK)
Menteri Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia